eKelas Penggal 1 Minggu 5

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 1 Minggu 5 ini telah diadakan pada 1 dan 2 Mac 2019, hari Jumaat dan Sabtu dan bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag. eKelas merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang disediakan oleh Maxis bertujuan untuk memberikan pendidikan percuma secara atas talian kepada para pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 6 yang tinggal di sekitar Pusat Internet.

Sesi pembelajaran eKelas ini telah diadakan secara langsung (live tutorial) bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 bersama dengan guru-guru yang berkaliber dan berpengalaman dalam mengendalikan kelas tutorial secara maya. Dalam eKelas ini, para pelajar diperkenalkan kepada eCikgu dan juga learning port yang terdapat dalam portal Maxis eKelas iaitu ekelas.com.my.

Selain itu, para pelajar juga menjalankan aktiviti dan tugasan secara berkumpulan dan perlu memuat naik tugasan tersebut ke dalam portal eKelas untuk dinilai oleh guru-guru bagi matapelajaran tersebut. eKelas ini telah diadakan dalam sesi yang berasingan bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 berdasarkan jadual yang telah disediakan. eKelas pada minggu ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali