eKelas Penggal 2 Minggu 14

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 14 ini telah diadakan pada 21 dan 22 Jun 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag, dan disertai oleh seramai 12 orang pelajar. Dalam eKelas minggu ini, para peserta mempelajari matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 yang dijalankan secara live tutorial bersama guru eKelas. Dalam kelas ini, para peserta diajar dan didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar.

Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul. Selain itu, para peserta juga menjalankan aktiviti dan ekperimen secara berkumpulan bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang diajar. Para peserta juga berpeluang membuat ulangkaji melalui portal eKelas dan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota serta soalan-soalan pelbagai matapelajaran untuk Tahun 6 hingga Tingkatan 5. Akhir sekali, pemenang-pemenang bagi projek berkumpulan pertengahan tahun bagi subjek matematik turut diumumkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali