eKelas Penggal 1 Minggu 11

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 1 Minggu 11 ini telah diadakan pada 26 dan 27 April 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag, dan disertai oleh seramai 13 orang pelajar. eKelas Minggu 11 ini juga merupakan sesi ulangkaji bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bersama Cikgu eKelas secara live tutorial. Dalam eKelas ini, para peserta didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar. Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul.

Selain itu, para pelajar juga membuat ulangkaji menggunakan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota-nota serta soalan-soalan berkaitan topik-topik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Disamping itu, para peserta juga berpeluang untuk menjalankan aktiviti berkumpulan bagi Subjek Matematik dan Sains bagi memastikan mereka faham tentang topik yang telah diajar oleh Cikgu. Kuiz atas talian pelbagai matapelajaran sekolah rendah melalui laman web quizizz.com turut dijalankan bagi pelajar Tahun 6. Akhir sekali, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bersama pelajar Tahun 6 bagi mendidik mereka tentang panduan keselamatan ketika melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali