eKelas Penggal 1 Minggu 10

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 1 Minggu 10 ini telah diadakan pada hari Sabtu, 20 April 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag, dan disertai oleh seramai 8 orang pelajar. eKelas ini adalah merupakan sesi ulangkaji bagi matapelajaran Matematik dan Sains bersama Cikgu eKelas secara live tutorial. Dalam eKelas ini, Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul. Selain itu, para pelajar juga membuat ulangkaji menggunakan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota-nota serta soalan-soalan berkaitan topik-topik dalam matapelajaran Matematik dan Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali