dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jelajah ICT bersama PDK Siniawan

30 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2018, PI Bogag dengan kerjasama PI Tjg Bowang dan PI Sibuluh telah menjalankan program jelajah ICT di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Siniawan. Program yang disertai oleh 6 orang pelatih dan 4 orang petugas PDK Siniawan ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 8.30 dan tamat pada pukul 11.30 pagi.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah memperkenalkan peserta tentang cara menghasilkan ‘pop up card’ Krismas berpandukan video tutorial dari Youtube. Selain daripada itu, peserta juga diperkenalkan dengan komponen asas komputer dan fungsinya sebelum mereka diajar asas menaip huruf dan abjad menggunakan MS Word. Selepas itu, kempen kesedaran advokasi e-sisa juga dijalankan untuk memberikan kesederan kepada para peserta tentang pentingnya mengetahui cara pelupusan bahan elektronik secara berhemah.

Rata-rata peserta gembira menjalani program ini dan mendapat respon positif daripada para petugas dan penyelia PDK itu sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.