dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas E-Learning Kids & Animasi Powtoon

20 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning Kids & Animasi Powtoon ini telah diadakan pada hari Ahad, 20 Mei 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan dan didedahkan kepada pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam proses pelajaran dan pembelajaran.

Selain itu, mereka juga diperkenalkan kepada laman web www.powtoon.com yang dapat membantu mereka menghasilkan slaid persembahan dan video yang lebih menarik. Kemudian, setiap peserta diberi tugasan menyiapkan slaid persembahan dan video berdasarkan topik yang diberi. Rata-rata peserta memberikan respon positif kerana dapat mempelajari animasi PowToon yang menyeronokkan.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.