dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

26 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Ahad, 25 Oktober 2018. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Program ini bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Dalam taklimat ini, para peserta diterangkan dengan modul-modul KDB. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah ‘Maklumat Palsu’ dan ‘Trolling’. Melalui taklimat ini, para peserta dididik agar sentiasa menyemak dahulu maklumat yang mereka perolehi dari internet sama ada ianya adalah benar atau palsu sebelum berkongsi atau menyebarkan maklumat tersebut. Mereka turut didedahkan kepada aplikasi dan laman web sebenarnya.my dimana mereka boleh menyemak maklumat yang diperolehi sebelum bertindak menyebarkan berita. Selain itu, mereka turut dididik cara-cara menangani isu ‘Trolling’ semasa melayari internet terutamanya di laman sosial.

Akhir sekali, sesi soalan kuiz diadakan secara atas talian melalui laman web kahoot.com bagi menguji pemahaman para peserta berkaitan taklimat KDB yang telah diadakan.

Taklimat yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 1 jam bermula dari 4.00 petang ini dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.