dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT, E-Learning & Advokasi KDB

11 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, E-Learning dan Advokasi KDB ini telah diadakan pada hari Ahad, 10 Jun 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari tentang cara mencipta akaun e-mel Yahoo. Selain itu, mereka turut diajar cara untuk menghantar e-kad ataupun kad elektronik seperti kad hari jadi atau kad ulang tahun melalui laman web www.123greetings.com dimana kad ini akan dihantar ke e-mel penerima.

Selepas itu, kelas diteruskan dengan sesi pembelajaran secara atas talian melalui laman web kahoot.com bagi menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam proses pelajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.