dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas MS Excel & E-Learning

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Excel dan E-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 25 November 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari tentang cara memasukkan data seperti teks dan nombor ke dalam helaian kerja (worksheet) MS Excel. Mereka turut diajar membuat pengiraan matematik menggunakan formula dan operasi asas matematik seperti tambah (+), tolak (-), darab (*) dan bahagi (/) dalam MS Excel. Tugasan matematik juga diberikan bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan formula asas matematik dalam MS Excel. Di samping itu, para peserta juga mempelajari penggunaan kumpulan perintah ‘Font’ dalam MS Excel untuk memformat teks dan sel.

Akhir sekali, sesi soalan kuiz turut diadakan secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menguji tahap pemahamam para peserta berkaitan topik yang telah dipelajari disamping mendedahkan para peserta kepada pembelajaran atas talian dan sekaligus menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 5 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.