Kelas Multimedia (Mencipta Video Merdeka) sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

03 September 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Multimedia (Mencipta Video Merdeka) sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini telah diadakan pada hari Ahad, 2 September 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada laman web www.poowtoon.com. Melalui laman web ini, para peserta diajar cara untuk menghasilkan video bertemakan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Video yang dihasilkan akan dimuat naik ke laman facebook Pusat Internet (PI) Bogag untuk mencari pemenang bagi Pertandingan Video Merdeka anjuran PI Bogag.

Melalui kelas ini, para peserta diharap dapat menyemai semangat patriotik dalam diri mereka.disamping dapat meningkatkan kemahiran ICT terutamanya dalam penghasilan video yang mudah dan ringkas. Kelas yang berlangsung di PI Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 6 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali