Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Siri 4

27 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Siri 4 ini telah diadakan pada hari Ahad, 26 Ogos 2018. Dalam program ini, para peserta diperkenalkan kepada laman web powtoon.com. Melalui laman web ini, para peserta diajar cara mencipta akaun Powtoon dan menghasilkan video animasi bertemakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Video yang dihasilkan tersebut akan dimuatnaik ke dalam laman Facebook Pusat Internet Bogag untuk tujuan penilaian bagi memilih para pemenang. Melalui program ini, semua peserta diharap dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka disamping dapat menyemai dan meningkatkan semangat cinta akan negara dalam diri mereka. Program yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 2 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Program tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali