Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Siri 3

26 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Siri 3 ini telah diadakan pada hari Sabtu, 25 Ogos 2018. Dalam program ini, para peserta diperkenalkan kepada laman web jigsawplanet.com. Melalui laman web ini, para peserta diajar cara membuat jigsaw puzzle mereka sendiri. Selepas itu, pertandingan menyusun jigsaw puzzle merdeka diadakan, dan peserta terpantas yang menyelesaikan jigsaw puzzle tersebut akan diberikan hadiah.

Sebelum berakhirnya program ini, Kuiz Kemerdekaan diadakan secara atas talian melalui quizizz.com dan kahoot.com bagi menguji pengetahuan mereka tentang Malaysia. Melalui program ini, semua peserta diharap dapat menyemai dan meningkatkan semangat patriotik dalam diri mereka. Program yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 2 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Program tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali