Program MyCyberCommunity

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Program MyCyberCommunity ini telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Disember 2018. Program MyCyberCommunity ini telah dijalankan atas kerjasama antara Pusat Internet Bogag, Pusat Internet Sibuluh dan Pusat Internet Tanjung Bowang bersama pelajar ST3 Sijil Teknologi Maklumat dari Kolej Komuniti Mas Gading. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan teknologi maklumat dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian pada masa kini.

Antara modul pembelajaran ialah:

  • Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), e-Waste dan Check Your Label
  • Teknik Pengucapan Awam
  • Pengenalan kepada Asas Keusahawanan

Antara aktiviti sampingan yang diadakan ialah:

  • Pembentangan mengenai idea perniagaan
  • Kemahiran berkomunikasi
  • Perancangan dan kaedah mengatasi masalah

Program yang berlangsung di KKMG Kolej Komuniti Mas Gading, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 8 orang peserta. Program tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali