Kelas ICT (Skype & E-Learning) & Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT (Skype & E-Learning) dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Jumaat, 14 September 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada perisian aplikasi telekomunikasi Skype sebagai salah satu medium komunikasi pada masa kini. Selain itu, para peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk mendaftar dan menggunakan Skype untuk menghantar pesanan ringkas serta membuat panggilan video sesame mereka.

Selepas itu, taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dijalankan bagi mendidik para peserta agar menggunakan internet dengan selamat dan positif. Dalam taklimat ini, para peserta dididik agar tidak terlebih berkongsi maklumat peribadi mereka di internet atau di laman sosial mereka. Selesainya taklimat tersebut, kelas diteruskan dengan sesi soalan kuiz secara atas talian bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik melalui laman web quizizz.com dan kahoot.com. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 9 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali