Kelas ICT bertemakan Hari Kebangsaan Malaysia

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT bertemakan Hari Kebangsaan Malaysia ini telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Ogos 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara menghasilkan poster bertemakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-61 menggunakan MS PowerPoint. Selepas itu, Kuiz Kemerdekaan turut diadakan secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com.

Melalui kelas ini, para peserta diharap dapat menyemai dan meningkatkan semangat patriotik dalam diri mereka. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali