dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Microsoft Excel, E-Learning & Kempen KDB

12 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Excel, E-Learning dan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Ahad, 11 Mac 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada penggunaan Microsoft Excel dalam kehidupan. Mereka turut mempelajari cara menggunakan dan membuat jadual dan pengiraan menggunakan MS Excel dengan lebih mudah.

Disamping itu, taklimat KDB berkaitan topik ‘Oversharing’ dan permainan KDB iaitu ‘Action Kamen’ turut diadakan bagi mendidik mereka agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab ketika melayari internet serta berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi sesuatu maklumat di internet. Akhir sekali, soalan kuiz berkaitan topik-topik yang diajar turut diadakan secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menguji pemahaman para peserta serta menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.