dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT & Kempen KDB bersama Pelajar Tabika KEMAS Serasot

27 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT dan Kempen KDB bersama Pelajar Tabika KEMAS Serasot ini telah diadakan pada hari Jumaat, 26 Januari 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada komponen asas komputer dan cara penggunaannya. Selain itu, mereka turut ditunjukkan cara pembelajaran secara atas talian melalui klip video pelajaran di Youtube.

Di samping itu, mereka turut diajar cara menaip huruf dan nombor menggunakan Microsoft Word. Mereka juga mempelajari cara penggunaan aplikasi Quiver 3D dimana para peserta dapat melihat hasil lukisan yang diwarna secara 3D menggunakan aplikasi ini. Sebelum kelas berakhir, permainan Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu ‘Action Kamen’ diadakan dengan tujuan untuk mendidik mereka agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa melayari internet. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Serasot, selama 3 jam bermula dari 8.30 pagi ini dihadiri oleh seramai 18 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.