dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT & Kempen KDB bersama PDK Cahaya Kasih

23 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word, Multimedia dan Kempen KDB bersama PDK Cahaya Kasih ini telah diadakan pada hari Isnin, 22 Januari 2018. Dalam kelas ini, para peserta diajar cara menaip huruf dan nombor menggunakan Microsoft Word. Selain itu, mereka turut mempelajari cara penggunaan aplikasi Quiver 3D dimana para peserta dapat melihat hasil lukisan yang diwarna secara 3D menggunakan aplikasi ini.

Di samping itu, permainan Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu ‘Action Kamen’ turut diadakan dengan tujuan untuk mendidik mereka agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa melayari internet. Kelas yang berlangsung di PDK Cahaya Kasih Kg. Serasot, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.