Kelas ICT & Advokasi KDB bersama Ahli PI Skio

17 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT dan Advokasi KDB bersama Ahli PI Skio ini telah diadakan pada hari Selasa, 16 Oktober 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada komponen-komponen asas komputer beserta fungsinya. Selepas itu, mereka turut mempelajari jenis-jenis kekunci yang terdapat pada papan kekunci termasuklah fungsi-fungsi kekunci-kekunci tersebut.

Selain itu, mereka turut diperkenalkan kepada asas Microsoft Word dimana mereka mempelajari asas penggunaan MS Word, Ribbon, Tab dan Command Group dalam menghasilkan dokumen. Latihan menaip turut diberikan supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka serta membiasakan diri dalam penggunaan papan kekunci dan MS Word.

Akhir sekali, tayangan video dan taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) turut diadakan bagi mendidik mereka agar menggunakan internet dengan selamat dan bertanggungjawab. Antara topik-topik KDB yang dibincangkan adalah ‘Oversharing’ dan Bahaya WeChat. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Skio, selama 2 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali