Kelas Mencipta E-Mel & Advokasi KDB Dan CYL

20 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Mencipta E-mel & Advokasi KDB dan CYL ini telah diadakan pada hari Ahad, 19 Ogos 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cari untuk mencipta akaun e-mel (Gmail) serta cara untuk menghantar e-mel menggunakan akaun e-mel tersebut. Selepas itu, taklimat dan kuiz advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan Check Your Label (CYL) diadakan bagi mendidik para peserta peserta agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab sebelum berkongsi sesuatu maklumat di internet, dan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan.

Mereka turut diajar cara untuk memeriksa kesahihan label MCMC menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web ecomm.sirim.my. Sebelum berakhirnya kelas ini, Kuiz Advokasi KDB dan CYL diadakan melalui laman web www.quizizz.com bagi menguji pemahaman mereka berkaitan taklimat yang telah disampaikan. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 2 jam bermula dari 3.00 petang ini dihadiri oleh seramai 9 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali