Program Sambutan Pra-Krismas

20 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Program Sambutan Pra-Krismas ini telah diadakan pada hari Khamis, 19 Disember 2018. Program ini merupakan program gabungan bersama Pusat Khidmat Mas Gading (PKMG), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Pusat Internet di Daerah Bau. Program ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Mordi Bimol bagi memberi sokongan kepada program ini.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan baik diantara staff Pusat Khidmat Mas Gading, PPDK dan kakitangan PI di Daerah Bau, mendidik para peserta tentang panduan penggunaan internet secara selamat agar mereka lebih berwaspada dan bertanggungjawab ketika melayari internet melalui taklimat ringkas dan permainan KDB, dan memastikan golongan kurang upaya tidak terlepas meraikan program Krismas.

Selain itu, program ini juga merupakan salah satu program platform bagi kakitangan Pusat Internet di Daerah Bau untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

Antara aktiviti yang telah diadakan ialah:

  • Taklimat ringkas KDB & Permainan KDB Action Kamen
  • Penyampaian Hadiah
  • Persembahan Krismas setiap PPDK
  • CabutanTiket Bertuah

Program yang berlangsung di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kg. Serasot, selama 3 jam bermula dari 10.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 200 orang peserta. Program tamat pada pukul 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali