dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas MS Word & E-Learning

9 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 8 Julai 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada Microsoft Word dimana mereka mempelajari cara mengformat teks menggunakan semua perintah dalam kumpulan perintah (command group) Font seperti jenis, saiz, warna teks dan lain-lain. Selain itu, mereka turut diberikan tugasan menaip dan memformat teks bagi meningkatkan kemahiran mereka.

Di samping itu, mereka turut didedahkan kepada pembelajaran atas talian bagi menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam pelajaran dan pembelajaran. Bagi sesi ini, mereka telah diminta untuk menjawab soalan kuiz yang terdapat di laman web www.kahoot.com.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 2 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 5 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.