dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas ICT & Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) bersama Pelajar Sekolah

4 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT dan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) bersama Pelajar Sekolah ini telah diadakan pada hari Sabtu, 3 Februari 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada asas komputer dan sistem operasi Microsoft Windows 10. Mereka turut mempelajari tentang komponen-komponen asas komputer dan fungsinya serta cara penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan betul.

Di samping itu, taklimat dan tayangan video KDB turut diadakan bagi mendidik para peserta tentang kepentingan melayari internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab. Akhir sekali, kuiz ICT dan KDB serta latihan menaip turut diadakan bagi menguji pemahamam dan meningkatkan kemahiran menaip para peserta.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.