dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Membuat Pop-Up Card, Latihan Menaip & Taklimat KDB

25 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Membuat Pop-Up Card, Latihan Menaip dan Taklimat KDB ini telah diadakan pada hari Ahad, 24 Jun 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara membuat Pop-Up Card mengikut video tutorial yang terdapat di Youtube. Selain itu, mereka turut diajar cara melukis secara mudah melalui tutorial atas talian.

Seterusnya, latihan menaip secara atas talian melalui laman web 10fastfingers.com turut diadakan bagi membiasakan diri mereka menggunakan papan kekunci disamping meningkatkan kemahiran menaip para peserta.

Akhir sekali, taklimat advokasi bagi Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bagi meningkatkan kesedaran para peserta agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab ketika melayari internet.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 6 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.