dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas MS PowerPoint, E-Learning & Kempen Klik Dengan Bijak

25 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint, E-Learning dan Kempen Klik Dengan Bijak ini telah diadakan pada hari Sabtu, 24 Februari 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada tujuan penggunaan MS PowerPoint. Mereka juga mempelajari teknik membuat pembentangan menggunakan MS PowerPoint. Selain itu, mereka turut diajar tentang ribbon penting yang digunakan dalam membuat slaid pembentangan.

Di samping itu, taklimat dan tayangan video berkaitan kempen Klik Dengan Bijak turut diadakan bagi mendidik para peserta tentang panduan keselamatan ketika melayari internet. Akhir sekali, soalan kuiz berkaitan topik-topik yang diajar turut diadakan secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menguji pemahaman para peserta serta menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 4 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.