dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas ICT, E-Learning & Advokasi KDB dan E-Sisa Mudah Alih

23 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT, E-Learning dan Advokasi KDB dan E-Sisa Mudah Alih ini telah diadakan pada hari Jumaat, 22 Jun 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari tentang komponen-komponen asas komputer beserta fungsinya. Selepas itu, soalan kuiz diberikan bagi menguji pemahaman mereka.

Seterusnya, kelas diteruskan dengan sesi pembelajaran secara atas talian melalui laman web kahoot.com bagi menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam proses pelajaran dan pembelajaran. Antara matapelajaran yang diajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

Akhir sekali, taklimat advokasi bagi Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan E-Sisa Mudah Alih (Mobile E-Waste) diadakan bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah, serta mendidik mereka cara-cara membuang alatan-alatan elektronik atau bateri yang rosak atau tidak digunakan lagi secara berhemah.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 12 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.