dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Menaip, MS Word, E-Learning & Advokasi KDB

14 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Menaip, MS Word, E-Learning dan Advokasi KDB ini telah diadakan pada hari Jumaat, 13 Julai 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada Microsoft Word dimana mereka mempelajari tentang penggunaan MS Word, Ribbon, Tab dan Command Group dalam menghasilkan dokumen. Selain itu, mereka turut diajar tentang fungsi-fungsi kekunci pada papan kekunci serta cara menaip di dalam MS Word menggunakan papan kekunci. Latihan menaip turut diberikan supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran menaip serta membiasakan diri dalam peenggunaan papan kekunci.

Di samping itu, mereka turut didedahkan kepada pembelajaran atas talian bagi menarik minat mereka terhadap penggunaan ICT dalam pelajaran dan pembelajaran. Mereka telah diminta untuk menjawab soalan kuiz bagi matapelajaran matematik dan sains yang terdapat laman web www.kahoot.com.

Akhir sekali, tayangan video dan taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) turut diadakan bagi mendidik mereka agar menggunakan internet dengan positif dan bertanggungjawab. Antara topik-topik KDB yang dibincangkan adalah Buli Siber dan ‘Oversharing’.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.