dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas MS PowerPoint Kategori Kanak-Kanak

14 April 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint Kategori Kanak-Kanak ini telah diadakan pada hari Jumaat, 13 April 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari penggunaan MS PowerPoint untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik bagi menyertai Pertandingan Penceritaan Digital yang akan diadakan pada Program Hari Terbuka PI Bogag 2018. Antara kemahiran yang dipelajari dalam MS PowerPoint adalah cara untuk memasukkan dan memformat teks, memasukkan slaid baru, gambar, animasi, video, bunyi, peralihan dan latar belakang slaid.

Selain itu, mereka turut mempelajari cara penggunaan internet dan enjin carian Google untuk mencari, memuat turun dan menyimpan gambar ke dalam komputer.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 2 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.