Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
30 November 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Rabu, 29 November 2017. Dalam kelas ini, para peserta dididik tentang penggunaan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab melalui taklimat KDB yang disampaikan. Selain itu, kuiz advokasi KDB turut dijalankan secara atas talian melalui kahoot.com bagi menguji tahap pemahaman mereka. Kelas yang berlangsung di PI Stungkor Baru selama 2 jam bermula dari 9.00 pagi telah dihadiri seramai 10 orang peserta. Kelas telah tamat pada pukul 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: