dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas membuat E-mel, Microsoft Word & Kempen Advokasi

29 Julai 2017 | Aktiviti Terkini

Kelas membuat E-mel, Microsoft Word dan Kempen Advokasi ini telah diadakan pada hari Jumaat, 28 Julai 2017. Di dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada kepentingan dan penggunaan e-mel dalam kehidupan. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk mencipta dan menggunakan akaun e-mel. Selepas itu, mereka diajar asas penggunaan Microsoft Word.

Di samping itu, mereka juga diberi latihan ketangkasan menaip secara atas talian melalui laman web 10fastfingers. Akhir sekali, mereka telah dididik tentang panduan keselamatan ketika melayari internet melalui taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), serta panduan sebelum atau selepas membeli telefon pintar melalui taklimat advokasi Check Your Label.

Kelas yang berlangsung di PI Krokong selama 4 jam ini telah dihadiri seramai 9 orang peserta bermula dari 1.00 petang ini telah tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.